Follow | Dashboard




Welcome!
Welcome to my little blog!.
I don't like the rippers and copycats.
Your comment makes me happy ^^
bold italic strike underline em



Credits
Template by : LovelessSagiri
Some inspiration of : Tumblr
Best view : Google Chrome
Images : Tumblr & We♥It
Sozai : Kawaii Box
shAzruL

Monday 31 March 2014 | 0 Comment(s). Leave me one?
Movie Movie Movie “iad”..dia pilih orang yang baru kenal dan tinggalkan orang yang dah bertahun kenal kerana satu kesalahan yang tak dapat dimaafkan..apa makna untuk peluang kedua...ye,setiap manusia harus diberi peluang kedua untuk menginsafi kesalahan yang telah dilakukan...kalau ini terjadi pada hidup aku,realitinya,aku yakin aku akan berikan dia peluang kedua...look, i have a good reason why i choose him...i know who is azrul...the only man that i can love until my last breath..dia seorang yang cukup istimewa..dia ada kekurangan,tapi kelebihan pada dirinya mengatasi segala-galanya...aku dapat terima dia seadanya, bukan kerana status,rupa mahupun wang ringgit. Siapa pun dia,apa pun yang dia buat dan di mana pun dia berada, aku tetap sayang dia.. hanya dia seorang...yeah,maybe dia seorang yang pemarah,sometimes maybe egonya cukup tinggi...tapi aku respect dia...kerana sifat dia,aku tak berani untuk naik atas kepala dia...means aku tak lawan cakap dia. Ada baiknya....aku takkan sesekali tinggikan suara aku pada dia...kalau kahwin pun, aku mungkin dah terbiasa......tapi bila dia di sisi aku,dia cukup penyayang...cara dia bercakap, cara dia layan aku, cara dia pandang aku, memang tak dapat dinafikan yang dia sebenarnya terlalu sayangkan aku... aku sedar,aku tak mampu untuk kehilangan dia...dia penyeri dalam hidup aku.. cinta ni mengajar aku erti sebenar kasih sayang, cinta, dan saling menghormati pasangan... aku bertuah kerana diberi peluang untuk rasa semua ini.. insyaAllah kalau ada jodoh, ingin sekali aku jadikan dia suami aku....semoga bahagia menjadi milik kita....

Monday 10 March 2014 | 0 Comment(s). Leave me one?
Dalam hidup ini..kita ada dua pilihan..
Pilihan untuk bahagia atau derita..
Andai betul pilihan kita maka bahagia milik kita..
Namun seandainya kita tersilap jalan..
Derita akan menghantui hidup kita..
Percayalah..
Tak semua orang akan pilih jalan yang benar..
Apabila tiba di persimpangan,
Kita harus memilih...
Melalui liku-liku kehidupan ini..
Berbekalkan semangat dan ketabahan,
Kita harus nengharungi semua dugaan..
Persoalannya,adakah kita mampu untuk ke penamatnya..
Atau hanya separuh jalan..
Bukan senang untuk mengharungi semua ini
Terlalu banyak halangan dan rintangan..
Jika besarnya erti sesebuah cinta itu..
Kita akan rela berkorban..
Berjuang hingga dapat memiliki cinta itu..
Walaupun tak semua orang yang sokong,
Tapi agungnya kuasa cinta itu,
Kita akan mengenepikan semua itu,
Kerna matlamat kita hanya satu,
Untuk mengejar dan memiliki cinta itu
Apa yang penting,
Yakin lah pada hati,
Kebahagiaan yang sebenar akan muncul jua..
Cuma menunggu masa untuk kita menggapainya..
Apabila tiba saat itu..
Baru kita tahu betapa bermaknanya sebuah kesabaran..
Dan..
Berertinya sebuah pengharapan...

Sunday 2 March 2014 | 0 Comment(s). Leave me one?
28.02.14...hari pertemuanku dengan azrul..dia datang ke sini semata-mata untuk jumpa aku.. apepun, aku terharu kerana dia sanggup datang ke sini untuk berjumpa denganku.. aiii bahagianya rasa bila dapat berjumpa dengan si dia.. hujung minggu ni dapat la selalu jumpa sbb dia bermalam rumah kawan dia...dia ni sweet sgt,alahaiiii... teruja la pulak...walaupun tak banyak tempat yang kami pergi,tapi aku tetap hargai...sempat pergi sungai besar,pantai,makan sama2..petang ahad,dia balik ke lumut..tapi sebelum balik,kami sempat snap pic..terima kasih kepada photographer #scha sbb sudi snap gambar kami....


Seperti kebiasaannya, sebelum dia balik aku mesti rasa berat, susah sangat nak lepaskan dia...hmmm ikutkan hati aku nak selalu dapat jumpa dia...tapi apakan daya...aku terpaksa merelakan...aku melihatnya dengan pandangan yang cukup sayu...aku harap dia mengerti... dia cakap,nanti ada masa dia akan datang ke sini lagi....ok la tu daripada tak jumpa langsung...azrul,sy sayang awak tau..sayang sangat-sangat..terima kasih atas semuanya...

Monday 17 February 2014 | 0 Comment(s). Leave me one?

15.02.14...holiday at TELUK BATIK...sebenarnya aku g teluk batik ni ngan dak2 kelas, tp jumpa si dia kat sana.. nah ni la gmbr kami,ni spontan je, xde makne ape2 ok..mula-mula posing da cntik, tp bila member dia snap pic xhenti2 ni la jadi nya... apepun, bila tengok balik, pic ni sweet sgt..thnx kepada photografer !! ni first kte g cuti kat pantai macam ni,best sangat...dgn member2 lg..sweet memory..sy akan ingat sampai bila-bila.. love you cyg <3

Wednesday 29 January 2014 | 0 Comment(s). Leave me one?
Setiap insan
Pasti ingin menyintai dan dicintai..
Setiap cinta itu juga..
Pasti ada suka dan duka..
Dugaan ialah adat sebuah perhubungan..
Ia bukan untuk melemahkan kita,
Tapi menguatkan..
Anggaplah ia sebagai satu cabaran
Untuk menguji sekuat mana cinta itu..
Jangan pernah putus asa..
Bukalah mata hati..
Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi..
Yakinilah pada hati..
Kebahagiaan akan menjelma jua..
Menangislah duhai hati..
Luahkan segalanya melalui air mata..
Mungkin dengan cara itu kita bisa tenang..
Andai cinta itu milik kita, ia akan kembali..

Tuesday 28 January 2014 | 0 Comment(s). Leave me one?
Langkah ini seakan suram...
Tiada arah tujuan...
Hati ini kosong tak bertepi...
Tiada ketenangan...
Andainya aku khilaf...tunjukkan aku jalan pulang..
Ingin sekali aku perbetulkan setiap kesalahanku...
Ku mahu kembali seperti dulu...
Andai aku mangsa keadaan,
Kau tunjukkan lah kebenaran itu...
Aku insan yang sering alpa..
Alpa pada keindahan duniawi yang sementara cuma...
Gelapkan pandanganku...
Kaburi mataku dengan kebahagiaan yang sementara...
Rupanya...mendung tiba jua....
Menyedarkan aku tentang apa itu kehidupan..
Gerimis yang bertandang..
Membasahi setiap sudut hatiku...
Tiada siapa yang nampak...
Hanya aku yang rasa....
Perit...Sakit....Pedih....Itulah yang ku rasakan....
Tika dan saat itu, hanya satu yang ku perlu..
Tuhan....
Hanya Dia yang mengerti..
Hanya Dia yang mendengar rintihan ini..
Ku bersujud memanjatkan doa...
Agar ku bisa hadapi semua ini dengan tenang...
Berderai air mata di pipi....
Seakan mengerti maksud di hati....
Aku mengerti....
Perjalanan aku sebagai hambaMu sering diuji...
Ku memohon petunjuk dariMu..
YA ALLAH

Older post

© 2012 - Bicara Hati Ini..... - All rights reserved